Berita aktiviti yayasan

Satu daripada bahagian fokus utama kami adalah membekalkan pesakit-pesakit miskin dengan keperluan perubatan asas. Sesetengah peralatan ini adalah penting bagi penjagaan selepas hospital dan kebanyakannya untuk memastikan kualiti hidup yang memuaskan bagi pesakit miskin. Sesetengah peralatan dan bekalan yang kami bekalkan dan perlukan
Pungutan Derma
Derma Anda Mengubah Kehidupan

Derma anda membolehkan mereka yang tidak berkemampuan mendapat akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang menambahbaik kehidupan mereka. Setiap bantuan membantu!
Derma bulanan anda dapat memberikan sokongan berterusan di mana ia paling diperlukan. Anda memberikan masa hadapan yang lebih baik bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Derma Peralatan
Derma Peralatan Perubatan

Sesetengah pesakit yang mendaftar dengan PMPPMM disokong dengan peralatan perubatan seperti pemekat oksigen, katil hospital, tilam riak, pemandu picagari dan lain-lain peralatan perlu diberikan sepenuhnya percuma. Mereka yang mahu memberikan derma secara barangan berbanding wang boleh mempertimbangkan mendermakan peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit-pesakit kami.
Selain itu, anda juga boleh mendermakan peralatan pejabat untuk digunakan oleh kakitangan klinik dan pentadbiran kami.